Teknologi
Disediakan oleh Ir. Dr. Mohd Fairuz bin Ab Rahman, Ts. Nazruddin bin Mat Ali, Mohamad Syamir bin Senin
- BIM – Pemodelan Maklumat Bangunan adalah cara kerja kolaboratif yang bersandarkan teknologi digital yang membolehkan kaedah yang lebih cekap semasa merancang, menyiapkan dan menyenggara aset binaan fizikal.
- Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara menghendaki JKKP sebagai agensi penguatkuasa untuk memahami bagaimana teknologi digital moden, seperti BIM, boleh memberi manfaat kepada prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tapak pembinaan.

- Manfaat yang diperoleh tidak terhad kepada projek yang berskala besar, malah projek yang bersaiz sederhana juga boleh mendapat manfaat daripada ketepatan reka bentuk yang bertambah baik, dan keupayaan untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan pasukan projek melalui pemodelan maklumat.
- BIM, digunakan dengan betul, dapat membantu pasukan projek untuk mengamalkan saranan kepada mereka dalam Garis Panduan OSHCIM.
- Beberapa manfaat yang telah dikenalpasti adalah:
- Berbincang menggunakan model membantu pasukan projek pembinaan mengenal pasti dan mengurangkan risiko semasa perancangan;
- Memodelkan persekitaran tapak membantu merancang logistik, memastikan akses dan jalan keluar yang baik, dan dapat mengawal risiko kepada orang awam;
- Menggunakan gabungan model untuk pengesanan pertindihan sangat berkesan, contohnya, dalam menjimatkan masa yang digunakan di tapak untuk menyesuaikan laluan paip dan mengurangkan pendedahan risiko semasa menebuk lubang pada konkrit;
- Menambah garis masa, dan menganimasikan turutan pembinaan boleh membantu pereka bentuk membuat model berulang-ulang;
- Semakan bersama antara klien, pereka bentuk dan kontraktor sebelum memulakan kerja di tapak dapat mengenal pasti masalah, mencari penyelesaian, dan mengenal pasti cara menjimatkan masa projek. Kecekapan, membuat dengan betul pada kali pertama, mengelakkan pembaziran, tekanan dan kemalangan yang berlaku ketika kerja harus diubah pada saat-saat terakhir. Kerjasama yang lebih baik menghasilkan prestasi KKP yang lebih baik.
- Di luar proses reka bentuk, lebih banyak manfaat diperoleh apabila maklumat KKP dihasilkan, dikongsi dan disimpan untuk digunakan semula oleh orang lain di tapak atau dalam projek akan datang, contohnya sebagai sebahagian daripada Fail Keselamatan dan Kesihatan.
- Model yang dibina dalam proses reka bentuk dapat digunakan kembali, contohnya untuk membangunkan pernyataan kaedah visual dan untuk menunjukkan bagaimana kerja penyenggaraan harus dilakukan. Pengurus fasiliti boleh menggunakan model yang dibina untuk membantu membuat keputusan dan penilaian risiko.
- BIM perlu diguna pakai dengan pelaksanaan Common Data Environment (CDE) di mana pihak-pihak berkepentingan bekerjasama secara kolektif secara langsung dalam satu sumber sistem maklumat berasaskan awan yang dapat menbantu capaian kepada: maklumat keselamatan dan kesihatan; maklumat sedia ada dan mendapatkan maklumat reka bentuk daripada pereka bentuk yang lain. Ini dapat digunakan untuk menyemak hazards keselamatan dan kesihatan, mendapatkan maklumat pra-pembinaan, merekod risiko signifikan dan bagaimana risiko ini diurus atau dikawal dan mencegah pertindihan antara elemen reka bentuk seperti loji dan komponen struktur.
- Beberapa kegunaan dan manfaat BIM ditunjukkan dalam video ini:
Untuk maklumat lanjut berkaitan video ini, hubungi:
Ts. Louis Tay CS
louistay@tam.org.my
Persatuan Teknologi Malaysia
- Pengenalan BIM, yang melibatkan pengurusan rekod digital untuk perancangan, kaedah dan dokumen lain, memastikan bahawa semua dokumen yang berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan dijangka dapat disimpan secara elektronik.
Rujukan:
Laman Sesawang HSE, UK. https://www.hse.gov.uk/construction/lwit/bim.htm.
Sinopsis
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Occupational Safety and Health in Construction Industry (Management) OSHCIM pada Februari 2017. OSHCIM adalah pendekatan berdasarkan konsep seperti Prevention through Design PtD (di Amerika Syarikat), Safe Design (di Australia), Design for Safety (DfS) (di Singapura) dan Construction Design Management (CDM) (di UK).
Perubahan signifikan OSHCIM, jika dibandingkan dengan kerangka perundangan OSH yang sedia ada adalah seperti berikut, iaitu OSHCIM: berlaku di fasa reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan perobohan (kitaran penuh); Bermatlamatkan kepada perancangan, reka bentuk dan pengurusan projek pembinaan; Penetapan standard/ objektif yang ingin dicapai; dan Tanggungjawab utama adalah kepada pemilik/ pemaju, pereka utama dan kontraktor utama. Konsep OSHCIM adalah asing bagi industri dan juga majoriti pemain industri (organisasi pembinaan) dan ini merupakan masalah utama di dalam pelaksanaan OSHCIM. Justeru, adalah penting bagi organisasi untuk menonjolkan kemampuan dan keupayaan secara nyata terhadap amalan OSH agar proses pengembangan dan peralihan kepada OSHCIM di dalam industri pembinaan mampu dipermudah. Kami yakin bahawa model penilaian kematangan OSHCIM (yang kini tidak ada) iaitu, Organisational Capability Maturity for OSHCIM (OCM-OSHCIM) membolehkan pemain industri untuk mengetahui secara tepat perkara yang mereka perlu lakukan bagi meningkatkan tahap pelaksanaan OSHCIM di dalam projek pembinaan.
Kebaikan OCM-OSHCIM
OCM-OSHCIM merupakan instrumen yang digunakan bagi tujuan pemantapan proses kepada organisasi reka bentuk untuk meningkatkan kemampuan OSHCIM mereka. Instrumen penilaian ini mempunyai mekanisme bagi memastikan kemampuan OSHCIM organisasi, di bawah peraturan OSH yang berkaitan.
Instrumen ini dijangka mampu untuk membantu memupuk amalan OSHCIM di kalangan organisasi pembinaan dan seterusnya mendorong ke arah pencapaian prestasi OSH yang lebih baik melalui amalan berorientasikan pencegahan.
Pemain industri atau organisasi reka bentuk juga boleh menggunakan instrumen penilaian ini bagi mengukur kemampuan organisasi dan membuat keputusan di dalam proses perolehan. Instrumen ini diwujudkan bagi mengatasi keterbatasan (contohnya, deskriptif dan senarai semak) alat pengukuran penilaian organisasi sedia ada (contohnya, soal selidik pra-kelayakan Pembinaan (PAS 91) di UK, Senarai Semak Pertimbangan untuk Pereka Utama dan Pereka di OSHCIM.
Faedah Pengkomersialan
Kegunaan model penilaian OCM-OSHCIM di dalam industri harus diperluaskan bagi pengukuhan manfaat di dalam proses pelaksanaan OSHCIM. Perkongsian OCM-OSHCIM dengan pihak industri perlu dilakukan secara terbuka agar capaian ke arah kelestarian pemantapan amalan OSHCIM mampu direalisasikan.
Pautan
Spreadsheet excel OCM-OSHCIM boleh dimuat turun sebagai perisian (royalti percuma) melalui pautan berikut:
1. Garis Panduan untuk Penggunaan Selamat SCPPS dibangunkan untuk membantu pengilang, pembekal, perunding dan kontraktor untuk memahami kepentingan mengurus bahaya dan risiko keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada reka bentuk, pemasangan, pemeriksaan, penggunaan, penyelenggaraan dan perombakan SCPPS.

2. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan keselamatan SCPPS untuk kontraktor, pekerja dan orang lain yang mungkin terjejas oleh bahaya dan risiko yang timbul daripada kerja yang melibatkan penggunaan dan pengendalian SCPPS.
Rujukan:
Laman sesawang MBAM: https://mbam.org.my/mbam-guidelines/
Disediakan oleh Ir. Dr. Mohd Fairuz bin Ab Rahman, Dr. Mohamad Syamir bin Senin dan Ir. Wan Mohd Fadzil bin Wan Sapiansori
Pemantauan Sistem Kren Menara (TSM) adalah sistem yang memantau pengendalian kren menara dengan menggunakan teknologi digital untuk membantu pihak kontraktor supaya pengendalian jentera tersebut lebih selamat. Sensor dan sistem amaran awal akan mengurangkan kemungkinan operator kren melakukan kesalahan semasa operasi kren menara.
Kren menara digunakan untuk mengangkat beban semasa pembinaan bangunan tinggi dan jentera yang sangat penting untuk mempercepat proses pembinaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa insiden yang melibatkan kren menara. Kejadian biasanya disebabkan oleh:
- kecuaian operator kren;
- bahagian kren yang sudah usang;
- operator kren yang tidak kompeten; dan
- beban berlebihan.
Terdapat juga beberapa kes kemalangan kren menara yang melibatkan orang ramai. Apabila berlaku kemalangan, kerja pembinaan harus dihentikan sementara siasatan oleh JKKP dijalankan. Ini adalah proses yang mahal bagi kontraktor dan juga kerugian yang tidak sepatutnya kepada mangsa dan keluarganya.
Penggunaan TSM dapat memastikan operasi kren menara dijalankan dengan selamat dan dengan itu mengurangkan kemungkinan kemalangan.
Beberapa kelebihan TSM adalah:
- sistem ini menggunakan kotak hitam yang akan mengumpul dan menghantar data operasi untuk penyimpanan yang selamat di cloud. Data boleh dimuat turun apabila diperlukan;
- memastikan beban yang diangkat tidak melebihi beban kerja yang selamat;
- dilengkapi dengan sistem anti-perlanggaran dan pengezonan; dan
- pengoperasian kren menara dapat dipantau secara dalam talian menggunakan aplikasi mudah alih. Operasi kren menara juga dapat dihentikan dari jarak jauh.
TSM boleh dipasang ke semua model kren menara. Peranti TSM dipasang di luar sistem kawalan kren untuk mengelakkan gangguan kepada sistem kren.
Berkenaan HiCharm Technology Sdn. Bhd.
HiCharm Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berasakan kejuruteraan dan teknologi digital. Syarikat ini buat masa kini membekalkan dua produck berteknologi digital dengan menggunakan platform rangkaian informasi bersepadu yang di kenali sebagai HiCharm cloud.
Penerangan lanjut berkenaan TSM dan ESM boleh diperoleh melalui pautan berikut: https://hicharmtech.com