Alat Kebolehcapaian

Utama » MNKKP » Aktiviti » Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSH Week)

Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSH Week)

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah satu acara tahunan yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai. Sambutan ini dijalankan susulan daripada kelulusan dan arahan Kabinet pada 24 Mei 2006. Bagi tujuan menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan, pihak Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) telah bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) bagi menjalankan pelbagai aktiviti / program yang sesuai untuk pengisian majlis sambutan tersebut. Penganjuran Majlis Pelancaran ini merupakan satu usaha berterusan yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

TAHUNTEMATEMPATTARIKH
2016SoHELP – Memperkasa Higien Industri”Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah9 Ogos 2016
2015Join in building a culture of prevention on OSHHotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor4 Ogos 2015
2013KKP Pemangkin Transformasi NegaraKuching Waterfront, Sarawak7 Julai 2013
2012Pekerja dan Majikan Berinovatif Penggerak Transformasi KKPPusat Maritim Putrajaya9 Julai 2012
2011Pekerja dan Majikan Merealisasikan Transformasi KKPDewan Tun Musthapa, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah11 Julai 2010
20101 tekad pekerja selamat dan sihatUniversiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang5 Julai 2010
2009Budaya Kerja Selamat dan SihatInstitut KWSP, Kajang, Selangor6 Julai 2009

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 52,561
Bulan Ini: 1,020,795
Jumlah: 37,852,324

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.