Penyedia Latihan Berdaftar Orang Yang Berkelayakan Lif Gred 2 dan Gred 3
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Seksyen 31B (1)(b) menyatakan bagi maksud Akta ini, tiada seorang boleh menjalankan apa-apa kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan melainkan jika dia telah berdaftar sebagai Penyedia Latihan Berdaftar (PLB) di bawah Akta ini.
Panduan ini adalah untuk menetapkan kriteria Penyedia Latihan Berdaftar (PLB) bagi Orang Yang Berkelayakan (OYB) Lif Gred 2 dan Gred 3. PLB yang diiktiraf ini bertanggungjawab mengendalikan kursus mengikut modul pembelajaran yang ditetapkan bagi melahirkan lebih ramai OYB Lif yang kompeten dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan Lif, Eskalator, dan Laluan Gerak selaras dengan peruntukan Akta.












