Seksyen Promosi Dan Sumber
- Mengurus dan menyelaras penerimaan maklumat, poster, buntings, brosur, flyers, garispanduan, CD promosi, bahan-bahan KKP untuk tujuan sebaran kepada kumpulan sasaran dan menyelenggara pusat sumber bagi memastikannya sentiasa ada dan siapsedia.
- Menyelaras pengumpulan data-data dan maklumat promosi berkaitan KKP serta memastikan penyediaan statistik terkini untuk kegunaan Majlis Negara, pelanggan dalaman dan luaran.
- Mengambil bahagian dan memberi bantuan penyelerasan dalam aktiviti pelaksanaan promosi KKP daripada Majlis Negara, majikan, pertubuhan bukan kerajaan(NGOs) atau persatuan industri diperingkat negeri.
- Menghadiri dalam siri lawatan berjadual promosi oleh ahli-ahli Majlis Negara ketempat kerja pada peringkat negeri.
- Mengadakan dan menjayakan bengkel kesedaran dan promosi keatas segala garispanduan, kod amalan industri atau peraturan baru KKP yang dikuatkuasakan.
- Menyediakan input anggaran belajawan bagi penyediaan keperluan bahan-bahan promosi dan galakan.
- Menjadi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan data dan maklumat KKP.