Alat Kebolehcapaian
Pusat Maklumat KKP
Program & Aktiviti
Info Semasa
Media Sosial
TikTok
-[SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) DI PREMIS PENSTORAN SILINDER GAS PETROLEUM CECAIR (GPC) - BHPETROL ]- CYBERJAYA, SELANGOR, 29 Jun 2025 – YBrs. En. Ramesh Zakir bin Shamsul, Timbalan Pengarah III Bahagian Keselamatan Petroleum JKKP Malaysia telah merasmikan Seminar KKP bagi Premis Penstoran Silinder GPC BHPetrol yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Selangor. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Muhammad Zubir bin Hamzah, Pengurus Besar Operasi & HSSE Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. dan Ts. Dr. Hamidi bin Saidin, Pengarah Bahagian Industri Kecil Sederhana & Sektor Bukan Kilang, JKKP Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JKKP Bahagian Keselamatan Petroleum. Seminar ini disertai oleh 56 orang peserta yang terdiri daripada pengurus, penyelia dan wakil pengurusan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian dan penyimpanan silinder GPC. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri penyimpanan dan pengendalian silinder GPC di Malaysia. #KESUMA #DOSH #JKKP #SeminarKKP #BHPETROL #SayaJanjiSelamatSihat
-[Temubual Bersama Selamat Pagi Malaysia]- Di Sebalik Tabir Temubual Selamat Pagi Malaysia bersama Dr. Rabaayah binti Daud, Pengarah Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan bertajuk “Bicara KKP : Saya Janji Selamat Sihat”. #KESUMA #DOSH #JKKP #SelamatPagiMalaysia #SayaJanjiSelamatSihat
-[SPM-TV1]- Ikuti temubual secara langsung di Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama YBrs. Dr. Raabayah binti Daud, Pengarah Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Tarikh : 26 Jun 2025 Masa : 8.30 pagi Tajuk : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) : Saya Janji Selamat dan Sihat Saksikan di Selamat Pagi Malaysia, saluran TV1! Juga boleh ditonton secara langsung menerusi Facebook Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) atau laman sesawang rtmklik.gov.my bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. #KESUMA #JKKP #JKKP #DOSH #RTM #selamatpagimalaysia #SayaJanjiSelamatSihat
-[Peluncuran Kampung & Sekolah Angkat MADANI]- Muar, 24 Jun-Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia di Masjid Jamek Al-Husna, Parit Keroma, Muar, Johor. Pihak kerajaan telah melancarkan Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI bagi menentukan penanda aras terbaik dalam memastikan capaian liputan kemudahan asas kepada masyarakat dapat ditingkatkan melalui pendekatan “Whole Government”. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar, melengkapkan kemudahan asas desa terpinggir serta mengenal pasti kaedah penyelesaian terbaik bagi sebarang permasalahan yang timbul. Justeru, Kampung Parit Keroma, Muar, Johor telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI, manakala Sekolah Pendidikan Khas Muar, Johor sebagai Sekolah Angkat MADANI di bawah seliaan JKKP Malaysia. #KESUMA #JKKP #DOSH #KampungAngkatMadani #SekolahAngkatMadani #MADANIBekerja #ParitKeroma #Muar
-[Pendakwaan dan Kompaun]- Maklumat Terkini Tindakan PENDAKWAAN dan KOMPAUN Tempoh : 16 Jun 2025 hingga 22 Jun 2025 Sumber : Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) #KESUMA #DOSH #JKKP #PreventiveCulture #StrictEnforcement #zerocorruption
[SEMINAR HEBAHAN MACHINERY SAFETY BASIC e-GUIDE (MSBeG): HAND INJURY 2025]- PUTRAJAYA, 18 Jun 2025 - YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia pada hari ini telah menyempurnakan perasmian Seminar Hebahan Machinery Safety Basic e-Guide (MSBeG) di Putrajaya International Convention Centre. Seminar anjuran Bahagian Keselamatan Industri & Bahagian Industri Kecil Sederhana dan Sektor Bukan Kilang JKKP dengan kerjasama PERKESO ini bertujuan untuk menyebarluaskan panduan MSBeG, seterusnya memperkasa pengetahuan dan kefahaman majikan serta pekerja terhadap aspek keselamatan jentera. Turut hadir sama adalah Puan Zarith Afzan binti Zainal dari PERKESO, wakil dari Jabatan Perikanan, ahli jawatankuasa MSBeG iaitu dari Avery Dennison Label & Packaging Materials, Ramly Food Processing Sdn Bhd dan PERODUA Sdn Bhd. Tidak ketinggalan peserta-peserta dari sektor pengilangan yang terpilih turut terlibat bagi mendapat hebahan secara langsung pada hari ini. Seramai hampir 100 orang peserta yang hadir termasuk pegawai-pegawai JKKP dari Seksyen Penguatkuasaan dan Seksyen Pemeriksaan Statutori di seluruh Semenanjung Malaysia. Hasrat dan visi jabatan melalui penerapan dan penggunaan e-panduan ini secara meluas, adalah diharapkan ia dapat menyumbang kepada pengurangan kes kecederaan tangan di tempat kerja. #KESUMA #DOSH #JKKP #MalaysiaMadani #SayaJanjiSelamatSihat #MSBEG
Pautan Luar
HUBUNGI KAMI
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8889 2443
BILANGAN PELAWAT
Hari Ini: 599
Bulan Ini: 595
Jumlah: 50,869,584
Tarikh Kemaskini:
30 / 06 / 2025
Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.