Forensic Engineering Division
Introduction
Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) yang beroperasi di ibu pejabat JKKP sentiasa bersedia memberi khidmat kepakaran dalam aspek kejuruteraan forensik bagi mengenalpasti punca sesuatu kemalangan berlaku. BKF dipertanggungjawab sebagai Koordinator Ibu pejabat (KIP) Seksyen Siasatan dan Pendakwaan(SSP) pejabat negeri bagi menyelaras aktiviti dan memberi khidmat nasihat kepada pegawai SSP negeri. BKF sentiasa memastikan penyiasatan forensik dapat dimulakan dalam tempoh 36 jam selepas menerima pemberitahuan daripada pejabat JKKP negeri dan menggunakan kaedah dan teknologi kejuruteraan forensik dalam membantu dan mempertingkatkan siasatan kemalangan di tempat kerja bagi memastikan kejayaan di dalam kes pendakwaan mahkamah terhadap pihak yang melanggar undang-undang.
BKF juga mempunyai Makmal Kejuruteraan Forensik (FEL) yang mendapat pensijilan akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025:2017 dari Jabatan Standard Malaysia (JSM). Akreditasi ini merupakan pengiktirafan yang formal di mana FEL mampu mencapai garispanduan proses kerja, aktiviti, skop dan tugas serta kualiti pengurusan makmal beroperasi dan diiktiraf standard antarabangsa. Laporan ujian yang dihasilkan dari makmal ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, berintegriti dan berkualiti agar tidak dipertikai oleh mana-mana pihak.
Organization Chart of the Forensic Engineering Division