Accessibility Tools

Home » Review » Steam Boiler Design

Steam Boiler Design

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 27B iaitu Menteri boleh menetapkan mana-mana loji yang baginya suatu perakuan kelayakan dikehendaki. Peraturan ini mula berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024.

Pembangunan panduan ini adalah berdasarkan Seksyen 27C, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) dimana Ketua Pengarah boleh menetapkan terma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Dandang stim merupakan salah satu dari loji yang menghendaki perakuan kelayakan dan perlu mematuhi kehendak bagi pemasangan serta memiliki sijil perakuan kelayakan sebelum beroperasi. Untuk tujuan tersebut, dandang stim hendaklah terlebih dahulu memperoleh sijil verifikasi reka bentuk daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebelum dibina, dipasang atau digunakan.

Tafsiran di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024: “dandang stim” ertinya mana-mana bejana tertutup bagi apa-apa maksud yang stim dihasilkan di bawah tekanan yang lebih besar daripada tekanan atmosfera dan termasuklah mana-mana penjimat haba yang digunakan untuk memanaskan air yang disalurkan kepada bejana dan mana-mana pemanas lampau yang digunakan untuk memanaskan stim dan apa-apa paip dan pepasangan yang disambungkan kepada bejana tertutup itu;

Berikut adalah kategori dandang stim yang perlu memperoleh verifikasi reka bentuk:

Kategori 1: Water Tube Boiler, Heat Recovery Steam Generator, Coal Fired Boiler, Waste Heat Boiler, Fire Tube Boiler, High Pressure Boiler, Combi Boiler, Tubeless Boiler, Once Through Boiler

Kategori 2: Dandang Stim Elektrik, Autoklaf, Ketuhar Tiub Stim, Plat Panas Tiub Stim

  • Pengubahan dandang stim ertinya apa-apa pengubahan kepada;

(i) Reka bentuk yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsi dandang stim;

(ii) Tekanan kerja selamat atau/dan suhu reka bentuk yang menjejaskan integriti bagi dandang stim.

    A. Application

    External Links

    CONTACT US

    Department of Occupational Safety and Health

    Level 5 (Main Counter), Setia Perkasa 4,
    Setia Perkasa Complex,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Tel: 03-8000 8000

    Fax: 03-8889 2443

    BILANGAN PELAWAT

    Hari Ini: 115,367
    Bulan Ini: 1,332,905
    Jumlah: 45,321,530

    Updated Date:

    10 / 2 / 2025

    Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1920 x 1080

    Copyright Reserved 2025 © Department of Occupational Safety and Health.