Reka Bentuk Lif, Eskalator dan Laluan Gerak
Lif ertinya suatu jentera mengangkat dengan pemacu tarikan, positif atau hidraulik, yang berfungsi pada aras tertentu dan mempunyai pembawa yang bergerak di sepanjang panduan yang tegar dan condong pada sudut lebih daripada 15 darjah ke arah mengufuk, atau di sepanjang laluan tetap walaupun ia tidak bergerak di sepanjang panduan tegar, bagi maksud mengangkut orang sahaja, atau orang dan barang tetapi ia tidak termasuk lif dengan kelajuan terkadar kurang daripada 0.15 meter per saat.
Laluan gerak ertinya suatu jentera mengangkat untuk mengangkut orang yang permukaan pembawa pengguna itu kekal selari dengan setiap arah gerakan dan tidak terganggu.
Pengubahan pada lif ertinya apa-apa pengubahan kepada jarak pergerakan, saiz kar, kelajuan terkadar atau beban terkadar lif.