Accessibility Tools
OSH Information Center
Programs & Activities
Current Info
Social Media
TikTok
-[MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN SERANTAU DALAM KESELAMATAN INDUSTRI]- YBrs. Encik Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP/DOSH) telah dijemput menghadiri Majlis Penutup Program Latihan Serantau Dalam Keselamatan Industri yang disempurnakan oleh TYT Mr. Axel Cruau, Duta Perancis di Malaysia bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya Turut hadir YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, JBPM, tetamu-tetamu jemputan serta pegawai-pegawai kanan JBPM. Seramai 19 orang penerima sijil yang terdiri daripada pegawai JBPM, pegawai JKKP dan juga peserta daripada luar negara bagi program latihan tersebut telah diraikan dalam majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan diharapkan semoga aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan terus dititikberatkan di semua tempat kerja. #DOSH #JKKP #BOMBA #GlobalPortsSafety #IndustrialSafetyTraining #NOW2025 #RoadTo150YearsOSH #BudayaKerjaSelamat #KomitmenKKP #SayaJanjiSelamatSihat
-[Bengkel CIMS & CATCH Zon Tengah]- Bengkel Chemical Information Management System (CIMS) dan Classification Tool for Chemical Mixture (CATCH) Tahun 2025 bagi Peringkat Zon Tengah telah berlangsung pada 31 Julai 2025 di Auditorium Teknologi Multimedia Fusion, Akademia Siber Teknopolis, UKM Bangi. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM manakala upacara perasmian telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Dr. Hj. Majahar Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP Malaysia. Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan Kimia JKKP dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM ini telah berjaya menghimpunkan seramai 108 orang peserta dan urus setia. Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu pihak industri, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran berkaitan pengelasan bahan kimia berbahaya melalui penggunaan platform CIMS dan CATCH. #DOSH #JKKP #UKM #CIMS #CATCH #NOW2025 #RoadTo150YearsOSH #BudayaKerjaSelamat #KomitmenKKP #SayaJanjiSelamatSihat
🎯 KARNIVAL KERJA SELAMAT & SIHAT KESUMA MADANI 2025 📢 Sambutan OSH Week 2025 sudah hampir ke penghujungnya! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Karnival Kerja Selamat & Sihat Kesuma Madani sempena OSH Week 2025. 🔍 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda: ✅ Pemeriksaan kesihatan dan gigi PERCUMA ✅ Derma darah ✅ Booth pameran ✅ Jualan pelbagai makanan & minuman ✅ Safe riding programme ✅ Program tukar minyak motor ✅ Demo & pameran KKP sektor informal, robotik dan dron ✅ Program Jualan Rahmah Madani 📅 Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu) 🕗 Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang 📍 Lokasi: Stadium Tertutup Kuala Selangor 💥 Terhad untuk peserta berdaftar sahaja! 👷♂️ Kepada pengamal KKP, 8 CEP menanti anda! 📲 Semua di hujung jari anda. Jom daftar sekarang! Imbas kod QR atau klik di pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdPc72Yklo5gQikACBV7gjsPOOjdWiPKgtJVL3W7sSJe1Tcbw/viewform #KESUMA #JKKP #DOSH #OSHweek #NationalOSHWeek #NOW2025 #SayaJanjiSelamatSihat
-[Pendakwaan dan Kompaun]- Maklumat Terkini Tindakan PENDAKWAAN dan KOMPAUN Tempoh : 21 Jul 2025 hingga 27 Jul 2025 Sumber : Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) #KESUMA #DOSH #JKKP #PreventiveCulture #StrictEnforcement #ZeroCorruption
🎙 Podcast Safety Pods Siri 11: 🎧 Coffee Talk Bersama Ir. Ahmad Khalil Azri bin Mohammad, OYB Lif Gred 1. 📺 Tonton sekarang di YouTube: @doshmalaysia https://youtu.be/bHzW6QSQwOQ?si=X5Ji0F3dZpoT4R9Z 📢 Jom sama-sama tonton 👍 Jangan lupa tekan Like & Subscribe YouTube DOSH Malaysia #KESUMA #JKKP #DOSH #PengamalKKP #PODCAST #lNOW2025 #oshweek2025 #SayaJanjiSelamatSihat
-[Minggu KKP 2025]- YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Minggu Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar YTL Construction 2025 pada 25 Julai 2025 bertempat di Menara YTL, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama Ir. Ahmad Jailani bin Mansor, Pengarah JKKP Selangor dan Ts. Habsah binti Md Ishak, Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program anjuran YTL Construction ini merupakan platform penting untuk memperkukuh kesedaran serta mendalami aspek KKP di sektor tapak bina, selain mengukuhkan semangat kolektif untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan ketika bekerja. Antara pengisian utama sepanjang Minggu HSE 2025: ✅ Kursus CDM Professional dan OSH Coordinator ✅ Latihan kerja selamat di tempat tinggi & pengurusan buangan terjadual ✅ Lawatan tapak bersama pengurusan tertinggi ✅ Perlawanan bola sepak 4 penjuru antara agensi dan syarikat ✅ Sesi sembang santai & latihan kesedaran Peraturan CDM 2024 Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YTL Construction atas penganjuran program ini. Semoga dapat meningkatkan lagi tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta memupuk Budaya Kerja Selamat dan Sihat di tempat kerja. #DOSH #JKKP #YTLConstruction #NOW2025 #HSEWeek2025 #BudayaKerjaSelamat #KomitmenKKP #SayaJanjiSelamatSihat
External Links
CONTACT US
Department of Occupational Safety and Health
Level 5 (Main Counter), Setia Perkasa 4,
Setia Perkasa Complex,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Fax: 03-8889 2443
BILANGAN PELAWAT
Hari Ini: 49,716
Bulan Ini: 120,456
Jumlah: 53,507,615
Updated Date:
28 / 07 / 2025
Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1920 x 1080
Copyright Reserved 2025 © Department of Occupational Safety and Health.