Pressure Vessel
Bejana tekanan ertinya bejana tekanan tertutup yang mempunyai tekanan lebih besar atau kurang daripada tekanan atmosfera.
Bejana tekanan berapi (BTB) ertinya bejana tekanan tertutup yang mempunyai tekanan lebih besar atau kurang daripada tekanan atmosfera yang mempunyai apa-apa elemen pemanasan yang tidak menjana stim. Antara contoh jentera BTB ialah Thermal Oil Heater, Hot Water Boiler, Fired Heater, Electrical Heater dan lain-lain.
Pengubahan Bejana Tekanan:
Skop 1: Pengubahan (Ubahsuai)
Skop 2: Pengubahan (Perkadaran Semula)
Permohonan bagi Verifikasi Reka Bentuk Bejana Tekanan dan Kelulusan Pengubahan Bejana Tekanan boleh dihantar melalui sistem MySKUD yang boleh diakses melalui Single Sign-On (SSO) di https://mykkp.dosh.gov.my/