Accessibility Tools

Home » Review » SOHELP Teaching Center

SOHELP Teaching Center

Programs Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme SOHELP telah mula dilaksanakan pada tahun 2015. Program ini dijalankan berikutan terdapatnya peningkatan pelaporan kes penyakit pekerjaan bagi tahun 2012-2014  berkaitan pendedahan pada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, faktor risiko ergonomik dan hilang pendengaran disebabkan pendedahan  bising di tempat kerja.  Selain itu, hasil daripada aktiviti penguatkuasaan oleh JKKP Negeri juga mendapati kebanyakan industri terutamanya kategori Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mempunyai tahap pengurusan kesihatan pekerjaan yang kurang memuaskan.

Oleh itu, Jabatan telah memperkenalkan satu program yang bersistematik iaitu Program SOHELP untuk meningkatkan tahap pengurusan higien industri di tempat kerja terutamanya dalam aspek pengurusan kimia, ergonomik dan pendedahan bising. Melalui perlaksanaan Program SOHELP ini dapat membantu mengubah persepsi terhadap program pengurusan higien industri di tempat kerja yang dilihat sebagai sesuatu yang kompleks dan sukar untuk dilaksanakan. Program SOHELP yang dirangka ini mempunyai ciri-ciri seperti berimpak tinggi, mudah dilaksanakan, menggunakan kos yang rendah, boleh dilaksanakan di semua jenis industri dan fokus kepada tempat kerja yang berisiko tinggi.

Bagi memberikan latihan yang lebih sistematik kepada pihak industri dan seterusnya menjamin kualiti latihan yang diberikan pula, pusat pengajar yang bertauliah adalah sangat diperlukan. Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh pusat pengajar dapat dikawal dan memenuhi objektif yang ditetapkan, pengiktirafan akan diberikan kepada pusat pengajar yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan.

External Links

CONTACT US

Department of Occupational Safety and Health

Level 5 (Main Counter), Setia Perkasa 4,
Setia Perkasa Complex,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Fax: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 128,911
Bulan Ini: 1,096,596
Jumlah: 37,927,668

Updated Date:

10 / 2 / 2025

Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1920 x 1080

Copyright Reserved 2025 © Department of Occupational Safety and Health.