Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Operator Dandang Stim

Operator Dandang Stim

  • Seksyen 31C (1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514 iaitu seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
  • Seksyen 31C(2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514 iaitu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
  • Bagi loji dandang stim, dua (2) kompetensi operator atau orang menjaga yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iaitu, Operator Dandang Stim Gred 1 dan Gred 2.
  • Di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 – Bahagian V (Kawalan Dan Pengendalian Dandang Stim);
  • – Peraturan 12 (1): Seseorang pemunya atau penghuni hendaklah memastikan mana-mana dandang stim berada di bawah kawalan orang kompeten yang merupakan jurutera dandang stim sama ada yang diambil kerja atau bertindak sebagai jurutera dandang stim pelawat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas.
  • – Peraturan 12 (2): Seseorang pemunya atau penghuni hendaklah memastikan mana-mana dandang stim dikendalikan dan dijaga oleh orang kompeten yang merupakan operator dandang stim sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas.

1.0 PENDAHULUAN

Panduan ini disediakan untuk rujukan pemohon semasa membuat permohonan pendaftaran baru dan permohonan pembaharuan Operator Dandang Stim bagi memastikan pemohon mendapat panduan yang tepat dan jelas serta mengelakkan kekeliruan kepada pihak pemohon berkenaan hal-hal berkaitan permohonan pendaftaran baru dan permohonan pembaharuan Operator Dandang Stim. Panduan permohonan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu:

2.0 PUNCA KUASA

Seksyen 31C (1), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 31C (2), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

3.0 TAFSIRAN

Operator Dandang Stim adalah panggilan kepada orang kompeten yang dilantik oleh pemunya atau penghuni untuk mengendalikan dan menjaga mana-mana loji berkaitan dandang stim sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024.

4.0 SKOP

Skop panduan ini adalah terpakai bagi pemohon yang ingin membuat permohonan sebagai Operator Dandang Stim.

Lampiran Dokumen:

*Nota : Borang ini juga boleh di muat turun melalui sistem MyKKP di Sub Modul Panduan/Lain-lain/Borang Perubatan

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8886 5342

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 5,035
Bulan Ini: 147,722
Jumlah: 55,869,501

Tarikh Kemaskini:

26 / 02 / 2026

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.