Accessibility Tools
OSH Information Center
Programs & Activities
Current Info
Social Media
TikTok
-[SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) STESEN MINYAK MINI (BURAQOIL)]- ALOR SETAR, KEDAH, 28 Mei 2025 – YBrs. En. Husdin bin Che Amat, Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum JKKP Malaysia telah merasmikan Seminar KKP bagi Stesen Minyak Mini Buraqoil yang berlangsung di Hotel RAIA, Alor Setar, Kedah. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan IPTB Sdn. Bhd. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Ahmad Zikri bin Ahmad Rafai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IPTB Sdn. Bhd., En. Ramli bin Hassan, Timbalan Pengarah Operasi JKKP Kedah, Tuan Haji Abdul Hadi bin Ismail, Pengarah JKKP Perlis, En. Muhammad Fathin bin Ishak, Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Kedah serta En. Muhammad Khairul Anuar bin Abd Latif, Pengurus Besar IPTB Sdn. Bhd. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JKKP Bahagian Keselamatan Petroleum, JKKP Kedah dan JKKP Perlis. Seminar ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pengurus, penyelia dan wakil pengurusan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian petroleum di stesen minyak mini Buraqoil. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pengendalian petroleum berskala kecil. #KESUMA #DOSH #JKKP #SeminarKKP #BURAQOIL
-[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI]- Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Ikhlas daripada: Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga JKKP #KESUMA #DOSH #JKKP #PestaKaamatan #MalaysiaMadani #HariKaamatan #HariGawai2025
🇲🇾Deklarasi Kuala Lumpur 26 Mei 2025, Isnin | Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur Deklarasi ini menjadi simbol tekad bersama untuk membina masa depan ASEAN yang inklusif, berdaya tahan dan berteraskan rakyat dengan fokus kepada integrasi serantau, pembangunan mampan, dan pemerkasaan potensi insan. Wawasan ASEAN 2045 mencerminkan komitmen rantau ini untuk menjadi tiang kestabilan global berlandaskan kemampanan, ketersalinghubungan dan kemakmuran bersama. ASEAN 2045: Our Shared Future 🌏 #ASEAN2025 #DeklarasiKualaLumpur
-[Majalah 3 | Tragedi Paip Gas]- Saksikan wira wirawati JKKP/DOSH dalam menangani tragedi paip gas di Putra Height 💪🏻 https://youtu.be/qhUUu2zwhnQ?si=6-UEb6nES9tD6SFv @TV3Malaysia #KESUMA #DOSH #JKKP #putraheights #PutraHeightsExplosion #staysafe #stayhealthy
-[SERANTA AWAM ATAS TALIAN]- Maklumbalas Terhadap Seranta Awam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Tempat Kerja dan Aktiviti) 202x Para Pelanggan yang Dihormati, Untuk makluman anda JKKP dalam proses penggubalan Seranta Awam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Tempat Kerja dan Aktiviti) 202x. Sehubungan itu, JKKP/DOSH memerlukan maklumbalas atau cadangan daripada anda sebagai pemegang taruh ataupun orang yang berkepentingan untuk menambahbaik garis panduan ini. Kongsikan maklumbalas atau cadangan anda dan hantar maklumbalas ke mohdfaizal.mh @mohr.gov.my. Tempoh maklumbalas : 26 Mei 2025 - 19 Jun 2025 Pautan Muat Turun Draf Draf Seranta Awam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Tempat Kerja dan Aktiviti) 202x https://drive.google.com/file/d/100EVOX38uv-lAj-5n2pqdnUjXu0vaIJC/view #KESUMA #JKKP #DOSH #StaySafe #StayHealthy #SesiLibatUrusIndustri
-[MAJALAH 3 | ISNIN | 26 MEI 2025]- Jangan lupa saksikan wira-wira DOSH beraksi di kaca TV malam ini! Dokumentari khas mengenai kebakaran paip gas di Putra Heights ini merangkumi luahan dari mangsa, bantuan pelbagai pihak tanpa mengira bangsa dan usaha pihak penyiasat dalam merungkai insiden dahsyat pertama kali berlaku dalam lipatan sejarah Malaysia yang mengakibatkan kemusnahan besar dan melibatkan ramai mangsa. #KESUMA #DOSH #JKKP #majalah3
External Links
CONTACT US
Department of Occupational Safety and Health
Level 5 (Main Counter), Setia Perkasa 4,
Setia Perkasa Complex,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Fax: 03-8889 2443
BILANGAN PELAWAT
Hari Ini: 67,039
Bulan Ini: 66,851
Jumlah: 47,830,247
Updated Date:
28 / 05 / 2025
Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1920 x 1080
Copyright Reserved 2025 © Department of Occupational Safety and Health.